Monday, March 8, 2010

Papa, pulangkan balik tangan Mira

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !'

'Saya tak tahu Tuan..! '

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Mira buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu.. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Papa.. Mama... Mira tak buat lagi. Mira tak mau papa pukul. Mira tak mau jahat. Mira sayang papa.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....

'Papa.. bagilah balik tangan Mira. Buat apa ambil.. Mira janji tak buat lagi! Mira nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Mira janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..


"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Dipetik dari

http://bromuslim.blogspot.com/2010/02/papa-pulangkan-balik-tangan-mira.html

Friday, March 5, 2010

Wanita

Seorang anak
Yang ku cium amanahnya,
Aku mengasihi kejujuran
Saidatina Siti Fatimah
Yang dicintai ayahandanya
Baginda Rasullulah

Seorang perempuan
Yang kuhirup airmatanya
Aku mencintai kesucian
Siti Maryam binti imran
Yang tulus cintanya
Melahirkan nabi Allah

Seorang isteri
Yang kukagumi sejarahnya
Aku menginsafi kehidupan
Siti Sarah
Yang tabah hatinya
Di Safa dan Marwah

Seorang guru
Yang ku tuntut ilmunya
Aku mengagumi
Saidatina Siti Aishah
Yang menegakkan kalimah Allah
Di Madinah Al-Munawarah

Seorang ibu
Yang kusimpan kasihnya
Aku merasai kewarakan
Seorag Masyitah
Yang tidak putus-putus diseksa
Yang sentiasa membasahi lidah
Dengan zikrullah

Seorang wanita
Yang aku mengimam di hadapannya
Aku menikmati iman
Surah An-Nissa’
Yang memuliakan wanita
Dalam kesucian Al-QURAN
Dalam keunggulan islam

Maha suci engkau ya, Allah
Alhamdulillah
Menjadikan aku manusia lelaki
Yang dipimpin belakangnya
Sorang wanita

Monday, March 1, 2010

Wasiat Imam Hassan Al Banna

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani

BACALAH - RENUNGILAH - KEMUDIAN TERUS BERAMAL

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah Al-Quran, atau tatpilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun
dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar Islam.

(4) Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.

(5) Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati
orang lain.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara
mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.

Wassalam

Saturday, February 27, 2010

Makanan untuk otak

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my


AMBILLAH dua tiga botol untuk anak. Pil ini bagus untuk otak, dibuat daripada bahan semula jadi, elok untuk anak yang akan menduduki peperiksaan,” pujuk gadis jualan langsung berulang kali kepada beberapa jiran yang kebetulan berkumpul di depan rumah menunggu anak mereka bermain.

Benarkah ada pil makanan tambahan yang benar-benar memberi kesan positif secara langsung kepada otak? Atau adakah ia hanya strategi pemasaran untuk menarik orang membeli? Tidakkah makanan yang kita ambil setiap hari tidak mencukupi atau tidak mampu merangsang keupayaan otak?
Sebenarnya kita tidak perlu bergantung kepada pil makanan tambahan kerana makanan seimbang (mengandungi tiga hingga lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan) sudah cukup untuk membekalkan semua khasiat diperlukan badan, termasuk otak untuk berfungsi dengan baik, kata Ketua Perunding Pemakanan Hospital Assunta, Lau Wai Hon.
Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak antioksidan, iaitu bahan penting yang sangat penting untuk merangsang aktiviti neuron dalam otak.
Neuron atau sel saraf adalah sel yang teruja oleh ‘arus elektrik’ dalam otak; bertanggungjawab memproses dan memindahkan maklumat melalui isyarat elektro kimia.

Isyarat dan maklumat ini dipindahkan dari satu neuron (sel saraf) ke neuron lain melalui ruang kecil antara sel yang dipanggil sinaps.
Neuron boleh diumpamakan seperti cabang pokok yang mempunyai banyak ranting halus (dendrit) dan ranting ini bertugas menerima isyarat.
Isyarat akan dipindahkan dengan bantuan pergerakan ion natrium dan potasium untuk sampai ke ranting lain (pada neuron atau sel saraf lain).
Pergerakan ion ini akan membentuk gelombang elektrik yang membolehkan isyarat melalui sinaps untuk disampaikan ke neuron sebelahnya.
Ini sebabnya kita perlu mengambil makanan seimbang dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia bukan saja mengandungi vitamin yang bertindak sebagai antioksidan, tetapi turut membekalkan pelbagai garam galian (mineral), termasuk natrium dan potasium bagi membolehkan sel otak berfungsi secara optimum.
“Pemilihan makanan sangat penting untuk memastikan seluruh badan menerima semua khasiat diperlukan, bukan hanya pada otak. Namun memang diakui makanan, terutama yang kaya dengan bahan antioksidan, boleh merangsang aktiviti neuron di samping memberi sumbangan kepada sel lain dalam badan.
“Cara paling praktikal ialah mengamalkan pemakanan seimbang. Bagaimanapun, dengan gaya hidup moden yang sibuk dan kerap makan di luar (atau bergantung kepada masakan di restoran), ramai tidak dapat menerapkan konsep pemakanan seimbang dalam hidup mereka. Jika perkara ini berlarutan, akan timbul masalah kekurangan zat walaupun berlebihan makan.

“Kaedah paling mudah ialah memastikan anda mengambil lebih banyak sayur dan buah; sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari.
“Pelbagaikan pilihan anda dengan memasukkan sayur-sayuran yang berwarna warni dalam pemakanan harian. Ini kerana sayur-sayuran berwarna warni mengandungi banyak bahan antioksidan.
“Kita beruntung negara kita kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh dibeli dengan harga murah. Antara buah dan sayur yang terbukti baik untuk otak ialah delima, buah naga merah atau putih dan peria,” katanya.
Antara pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan:
l Ungu — beri, terung, kubis merah, akar bit
l Hijau (berdaun) — sayur berdaun hijau, ulam, sawi, kangkung
l Putih (bawang) — semua jenis bawang
l Hijau (cruciferous) — kubis, brokoli, brussels sprout, pak choy
l Merah/jingga/kuning — tomato, lobak merah, keledek, labu, lada benggala merah/kuning, buah-buahan
Walaupun kebanyakan kajian mengenai makanan yang baik untuk otak merujuk kepada buah-buahan atau sayur-sayuran di luar negara, ia tidak bermakna sayur dan buah tempatan kurang berkhasiat.
Yang diperlukan sekarang ialah lebih banyak kajian berkaitan penyembuhan penyakit ke atas sayur dan buah tempatan supaya ia boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh penduduk negara ini.
“Lebihkan pengambilan makanan penuh iaitu makanan yang tidak diproses atau ditapis, atau mengalami pemprosesan atau penapisan minimum. Contohnya sayur-sayuran, buah-buahan dan beras perang. Kurangkan makanan yang diproses seperti makanan berasaskan tepung, gula, beras putih, sosej, daging burger dan naget.
“Kurangkan juga penggunaan perisa makanan segera yang semakin banyak di pasaran. Ini termasuk perencah masakan segera, kiub ayam atau ikan bilis, monosodium glutamat (MSG) dan beraneka jenis sos kerana ia mengandungi banyak garam dan bahan awet. Sebaliknya, gantikan perencah ini dengan rempah semula jadi seperti serbuk lada hitam, cengkih, kayu manis, bunga lawang, jintan, daun sup, daun bawang, kunyit, halia, lengkuas atau serai yang boleh menaikkan rasa masakan,” katanya.

Pil makanan tambahan
Menurut Lau, jika sukar mengamalkan pemakanan seimbang, kekurangan zat boleh ditampung dengan mengambil pil makanan tambahan.
Untuk otak, pilih pil makanan tambahan mengandungi kumpulan vitamin B yang boleh membantu mengurangkan tekanan. Dalam keadaan kekurangan zat, pil makanan tambahan tidak lagi berfungsi sebagai pelengkap, sebaliknya menjadi menjadi rawatan untuk mengelak pelbagai masalah kesihatan jika kekurangan zat berterusan.
Bagaimanapun, pil makanan tambahan tidak perlu jika kita bersedia melakukan perubahan pemakanan ke arah lebih baik. Memang diakui, mengambil pil makanan tambahan lebih mudah berbanding mengamalkan pemakanan seimbang, tetapi Lau mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati sebelum membeli produk yang mendakwa menawarkan pelbagai manfaat kesihatan.
“Kebanyakan dakwaan itu adalah strategi pemasaran. Kita perlu lihat siapa pengeluarnya, adakah ia dikeluarkan pengusaha yang mempunyai prestasi cemerlang dalam penghasilan pil makanan tambahan. Pada masa sama, pastikan kuantiti atau dos vitamin yang dibekalkan dalam setiap biji pil supaya tidak alami masalah berlebihan dos.
“Bagi vitamin larut air, ia boleh dikeluarkan dari badan melalui air kencing tetapi bagi vitamin yang larut lemak, ia akan berkumpul dalam badan dan sukar disingkir.
“Ini penting, terutama bagi individu yang sememangnya ada masalah kesihatan. Justeru, sebelum mengambil makanan tambahan, termasuk persediaan tradisional seperti herba, rujuk dulu kepada doktor,” katanya.
Makanan yang baik saja tidak cukup untuk meningkatkan keupayaan otak (daya ingatan, tumpuan dan kepekaan) kerana minda kita perlukan rangsangan dalam bentuk mental dan fizikal. Keadaan ini sama bagi semua peringkat umur, sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.
“Jangan cepat terpengaruh dengan dakwaan pengeluar produk yang mengatakan barangan mereka diperkaya asid eikosapentanoik (EPA) dan asid dokoheksanoik (DHA) khususnya untuk kanak-kanak.
“Memang kajian membuktikan dua asid ini boleh membantu merangsang aktiviti neuron, tetapi ia tidak menjanjikan seseorang kanak-kanak yang mengambil produk mengandungi bahan ini akan jadi pandai.
“Mereka masih perlu belajar bersungguh-sungguh dengan memberi perhatian dalam kelas, mengulang kaji dan membuat latihan di rumah untuk berjaya dalam peperiksaan.
“Ini antara teknik untuk merangsang aktiviti sel otak supaya ia menjadi lebih aktif. Makanan saja tidak akan membuatkan seseorang menjadi pandai.
“Keadaan ini juga sama pada pesakit strok. Apabila seseorang diserang strok (serangan otak akibat salur darah ke otak tersumbat atau pecah), ada bahagian dalam otak yang rosak dan mengakibatkan pesakit hilang satu-satu kemahiran.
“Antara pendekatan yang digunakan dalam rawatan strok ialah merangsang otak mereka dengan menggalakkan pesakit melakukan pelbagai aktiviti dan biasanya ia membabitkan rutin harian.
“Apabila mereka melakukan satu-satu perkara berulang kali, ia akan merangsang sel otak untuk berfungsi dengan lebih baik,” katanya.
Malah banyak kajian menyarankan kita selalu merangsang otak dengan aktiviti yang mencabar minda seperti teka silang kata, menyelesaikan masalah matematik mudah, bermain Sahibba, membuat kerja kreatif atau banyak membaca.

Apa perlu dilakukan untuk mengekal dan meningkatkan kemampuan minda?
Lau berkata, perkara paling asas ialah mengamalkan gaya hidup sihat, mengambil pemakanan seimbang, jangan terlebih makan atau makan pada lewat malam.
Sajian terakhir mestilah sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur untuk memberi cukup masa kepada sistem pencernaan memproses makanan.
Jika makan sejurus sebelum tidur, sistem pencernaan masih bekerja ketika tidur dan ini akan membuatkan badan tidak cukup rehat.
“Kurangkan kopi walaupun ada kajian yang mengatakan biji kopi mengandungi antioksida yang boleh merangsang minda. Bagaimanapun, lebih baik jika tidak minum kerana biasanya orang minum kopi secara berlebihan, bukan sekadar secawan sehari.
Bahan sampingan dalam kopi seperti gula, jika diambil berlebihan, akan mendatangkan kemudaratan.
“Apabila memasak, pilih kaedah sihat seperti kukus, rebus atau bakar. Elak sayur-sayuran dimasak terlalu lama kerana bahan antioksidan seperti vitamin mudah musnah oleh suhu tinggi,” katanya.
Pada masa sama Lau juga menyarankan kita bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman adalah cara paling mudah dan murah untuk melancarkan aliran darah, sekali gus boleh memperbaiki daya tumpuan, kepekaan dan ingatan.
Makan ikut waktu dan mesti bersarapan. Sarapan adalah sumber tenaga pertama selepas badan berpuasa selama enam hingga lapan jam ketika kita tidur.
Sarapan membekalkan tenaga penting yang membantu otak untuk lebih aktif. Malah, ada kajian menunjukkan individu yang bersarapan kurang terdorong memilih makanan banyak lemak ketika sajian selanjutnya (tengah hari dan malam) yang secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah berat badan berlebihan.
Antara saranan diberi pakar pemakanan meningkatkan fungsi otak ialah:
l Lebihkan pengambilan ikan — protein ikan, terutama ikan laut dalam yang mengandungi asid lemak omega 3, boleh membantu mengekalkan kemampuan minda, mengurangkan risiko dementia dan kehilangan ingatan
l Makan kekacang dan sedikit coklat — Ia kaya dengan vitamin E (antioksidan), tetapi jangan ambil berlebihan kerana ia mengandungi banyak lemak
l Lebihkan sayur-sayuran berwarna dan buah-buahan
l Galakkan anak makan telur — kuning telur kaya dengan kolin yang membantu daya ingatan.
l Susu dan yogurt — produk tenusu kaya dengan protein dan vitamin B yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmiter dan enzim
l Tidur malam secukupnya (enam hingga lapan jam)
l Kerap bersenam
l Kurangkan makanan ringan
l Berhenti merokok — Kajian ke atas kakitangan kerajaan di Britain menunjukkan perokok mempunyai prestasi kerja yang kurang cemerlang berbanding individu tidak merokok.
l Meditasi untuk merehatkan badan dan menenangkan fikiran — bagi umat Islam, sembahyang dan lain-lain ibadat adalah cara terbaik untuk mententeramkan jiwa.

Wednesday, February 10, 2010

Mari terjun!!!

Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak menang All England lagi?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.


Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula, akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute utk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya!!!".

www.tengkunizam.blogspot.com
(copy from my blog)

Tuesday, February 2, 2010

Tips Individu Berjaya

18 Safar 1431H
Email : sal_ehs gerrard

Firman Allah SWT (bermaksud):

[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)


Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.

Teknik perlaksanaan:

* Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
* Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
* Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
* Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
* Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
* Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
* Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
* Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.


Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Teknik perlaksanaan:

* Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
* Mengawal diri untuk berbicara.
* Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
* Berdiam ketika perlu.
* Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
* Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
* Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
* Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
* Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
* Jika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.


Sifat Ketiga:
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.

Teknik perlaksanaan:

* Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
* Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
* Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
* Membantu secara sukarela tanpa diminta.
* Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
* Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
* Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
* Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
* Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
* Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.


Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan) .

Teknik perlaksanaan:

* Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
* Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
* Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
* Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
* Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
* Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
* Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
* Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.


Sifat Kelima:
Menjaga amanah.

Teknik perlaksanaan:

* Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
* Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
* Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
* Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
* Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
* Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.


Perkara-perkara tuntutan amanah:

* Perkara fardhu dalam agama.
* Penempatan orang-orang Islam.
* Anggota badan.
* Waktu.
* Ilmu.
* Harta.
* Barang titipan.
* Rahsia orang lain.
* Tugas dan jawatan.
* Perkara yang diminta untuk dibincangkan.


Sifat Keenam:
Setia pada janji.

Teknik perlaksanaan:

* Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
* Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
* Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
* Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
* Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
* Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.


Sifat Ketujuh:
Tetap memelihara sembahyang.

Teknik perlaksanaan:

* Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
* Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
* Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
* Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
* Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.

Apa Yang Ada Dalam Blog Saya?

Jom melawat :
http://sallehsgerra rd.blogspot. com

Monday, February 1, 2010

RENUNGAN : 74 wasiat untuk pemuda

12 Safar 1431H
Emel : sal_ehs gerrard

"Segala puji bagi Allah yang berfirman:“Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131)

Serta shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.”

Dan takwa kepada Allah adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Wa ba’du:
Berikut ini adalah wasiat islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan. Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada para pemuda muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya. Dan agar memberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah sebaik-baik tempat bergantung.

1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan.

2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.

3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.

5. Ingatlah bahwa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahwa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang terbersit di hatimu.

6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab- Nya, rasul-rasul- Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.

7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’ at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.

8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontoh mu dalam mengamalkannya.

9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.

10. Jagalah selalu wudlu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadats dan najis.

11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (shubuh).

12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.

13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.

14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.

15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua karena engkau akan berdosa.

16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.

17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa karenanya.

18. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.

19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.

20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.

21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.

22. Hadirilah majelis-majelis dzikir karena majelis dzikir termasuk taman surga.

23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan dan hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.

24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/ keangkuhan.

25. Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.

26. Janganlah engkau menyeruapai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.

27. Biarkanlah janggutmu karena Rasulullah: “Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (hari. Bukhari Dan Muslim)

28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijabah.

29. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau telah selesai.

30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.

31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman karena kezhaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.

32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan ridla dan memilihkan makanan yang halal untuknya).

33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, karena pelakunya terlaknat.

34. Janganlah engkau mencari keridlaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.
35. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.

36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian.
“Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)

37. “Dan ber amar ma’ruf nahi munkarlah serta shabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya , dan munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya.

38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.

39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32)

40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari mendurhakainya.

41. Wajib bagimua untuk silaturahim dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.

42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.

43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di jalan Allah.

44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.

45. Wajib bagimu untuk duduk bermajelis dengan orang shalih dan hati-hatilah dari bermajelis dengan orang-orang yang jelek.

46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (kebutuhan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.

47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.

48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.

49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak engkau kenal.

50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu "assalamualaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.

51. Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya dengan kejelekan.

52. Janganlah melaknat seorangpun termasuk hewan dan benda mati.

53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan oarng lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.

54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerusakan di antara mereka.

55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.

56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim.

57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang paling utama.

58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.

59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta karena dusta akan mengantarkan kepada dosa dan dosa mengantarakan kepada neraka.

60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.

61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.

62. Janganlah menghina orang lain karena tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.

63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.

64. Janganlah menggambar gambar manuasia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.

65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.

66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: "yarhamukallah" apabila dia mengucapkan: "alhamdulillah"

67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.

68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.

69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah .

70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.

71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikamatan yang ada.

72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarakan ilmu.

73. Mohonlah surga kepada Allah dan berlindunglah dari nereka.

74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah.

Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.

(Diterjemahkan dari buletin berjudul 75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir)