Tuesday, November 9, 2010

Terapi lubang hidung

02 Zulhijjah 1431 H
Oleh : roslan mohd

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.

Jika anda merasa penat, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan bergili-gilir. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga paling panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah.

Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih sesuai kepada orang dewasa.

Peringatan untuk diri yang lalai

02 Zulhijjah 1431 H
Oleh : AKHISALMAN

Hai Diri semakin lupa dengan dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang semantara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah swt:

“ Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui”

Orang yang benar-benar mengetahui tentang kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia, ini menunjukkan diri ini amat jahil oh tuhan.

Saat-saat kematian semakin menghampiri tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat. Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkann ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadanya.

Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin member I peluang untuk kembali kepadanya sebelum datangnya saat kematian. Rebutla peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Nabi saw bersabda:

“Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.

2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas.

3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu.

4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.

6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti.

7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit.”

Hadis riwayat imam Tirmizi.

Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan dihisab oleh tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar Allah murka dengan dirimu. Firman Allah swt:

“Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?”

Ayat 36 surah al-Qiamah

Ingatlah kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa berlalu semakin hampir i dan akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. Firman Allah swt:

“ Katakanlah hai Muhammad, sesungguhnya kematian yang mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan menemuimu.”

Ayat 8 surah al-Jumaah

Walaupun diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa tidak menambahkan keimanan kamu dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah hati yang keras dan hati yang lalai dalam ibadah. Firman Allah swt:

“ Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.”

Ayat 22 surah az-Zumar.

Hati yang keras ini adalah hanya layak untuk neraka sahaja. Allah sentiasa bertanya bilakah hati ini hendak khusyuk kepada tuhan dan patuh segala perintahnya. Firman Allah swt:

“ Bukankah sudah sampai masa bagi orang-orang beriman untuk tunduk khusyuk mereka kepada mengingati Allah dan patuh dengan kebenaran yang Allah telah turunkan…”

Ayat 16 surah al-Hadid

Adakah setelah malaikat mencabut nyawa baru hendak menyesali terhadap perbuatan-perbuatan yang melampau di dunia. Ketika itu tidak ada gunanya. Nasi sudah busuk (jadi bubur sedap lagi). Firman Allah swt:

“ Sehinggalah datang kematian kepada salah seorang mereka. Dia berkata : Hai tuhanku kembalikan aku ke dunia, supaya aku dapat beramal soleh yang mana telah aku tinggalkan. (jawapan tuhan) Tidak sama sekali, itu hanya ucapan yang diucapkan (tidak ada gunanya) dan mereka akan melalui alam barzakh sehinggalah hari mereka dibangkitkan.”

Ayat 99,100 surah al-Mukminun

Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu, sebesar mana mahligai mu, setingga mana pangkat mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua tidak menghalang malaikat maut untuk mencabutn nyawamu. Firman Allah swt:

“ Dimana sahaja kamu berada, pasti kematian akan menemuimu sekalipun kamu berada di dalam bangunan-bangunan yang kukuh dan terkawal.”

Ayat 78 surah an-Nisa

Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan-perbuatan yang lampau; Ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada perlaksanaan. Nabi saw bersabda:

“ Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga (sedangkan tidak beramal).”

Hadis riwayat Imam al-Hakim

Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan akhirat.

Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,

Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman,

Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali.

Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya.

Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu.

Tuesday, August 3, 2010

Aisyah r.ha. isteri yang kreatif mempamerkan cintanya

LUMRAH cinta, seorang kekasih akan cenderung kepada seorang sahaja kekasih dalam hati dan perasan. Begitulah kecenderungan cinta Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah r.ha., ia bukan lagi satu rahsia.

Siapakah wanita pertama di hati Rasulullah s.a.w. selepas Khatijah r.ha.? Bukan Saudah r.ha. sebaliknya Aisyah r.ha., walapun Rasulullah menikahi Saudah r.ha dan Aisyah r.ha. pada masa yang hampir sama. Saudah pada ketika itu ialah janda yang sudah berusia, mungkin seusia Baginda. Secara zahirnya sudah tentu Saudah tidak menarik namun atas dasar simpati, Rasulullah menikahinya. (Mahmud al-Mishri, Sirah Sahabiyah, hlm. 35)

Memandangkan Aisyah r.ha. masih kecil, Saudah r.ha. lebih dahulu berada di sisi Nabi setelah Khadijah r.ha. Namun begitu, Aisyah r.ha. lebih dahulu memenangi hati dan cinta Baginda s.a.w..
Allah s.w.t. banyak kali menghadirkan mimpi tentang wanita bernama Aisyah r.ha. sebelum hadirnya Saudah r.ha. Dalam kecemburuan, Aisyah redha seorang demi seorang janda-janda yang perlukan pembelaan, menumpang kasih suaminya, Nabi s.a.w. Kenapa? Kerana dia sedar semua itu untuk kepentingan Islam, bukan kepentingan nafsu Baginda.

Oleh sebab lumrah cinta yang tiada "dua" ini, Prof Dr. Mahmud Zuhdi menjelaskan dalam bukunya, Undang-undang keluarga Islam bahawa majoriti ulama mengatakan poligami itu diharuskan, bukannya digalakkan.

KELEBIHAN AISYAH R.HA.
Aisyah r.ha. berbicara: "Ada tujuh kelebihanku yang tidak dimiliki wanita lain kecuali kelebihan yang diberikan Allah s.w.t. kepada Maryam binti 'Imran. Demi Allah, dengan mengatakan hal ini aku tidak bermaksud membanggakan diriku atas teman-temanku (isteri-isteri Rasulullah yg lain)."

Abdu;;ah bin Safwan bertanya: "Apakah tujuh kelebihan itu wahai Ummul Mukminin?"
Aisyah r.ha. menjawab:
1- Malaikat (Jibrail) membawa imejku kepada Rasulullah s.a.w. (dalam mimpi).
2-Rasulullah s.a.w. menikahiku waktu diriku berumur 7 tahun, lalu aku diserahkan serumah dengan Baginda pada usia 9 tahun. Baginda menikahiku waktu aku perawan.
3- Beliau pernah menerima wahyu ketika berada dalam satu selimut denganku.
4- Aku adalah orang yang paling dicintai oleh Baginda dan puteri daripada orang yang paling Baginda sayangi (Abu Bakar).
5- Allah menurunkan beberapa ayat-ayat al-Quran kerana aku, sedang waktu umat hampir celaka kerananya.
6- Aku pernah melihat Jibrail dan tidak seorang pun antara isteri-isteri Baginda yang lain pernah melihatnya.
7- Rasulullah s.a.w. wafat di rumahku, pada waktu tiada orang selain diriku dan malaikat.
Al-Haithami berkata dalam Majma' al-Zawa'id no.15308, 'Riwayat ini tercantum dalam kitab al-Sahih dengan ringkas smentara riwayat di atas daripada al-Tabrani. Para perawi dalam salah satu sanad riwayat al-Tabrani ialah perawi-perawi kitab al-Sahih. (Rujuk juga riwayat al-hakim, jil. 4, hlm 10) Al-Hakim menyatakan hadis ini sahih dan al-Zahabi menyetujuinya.

KEDUDUKAN AISYAH R.HA. DI HATI RASULULLAH .S.A.W.
Dalam riwayat lain, aisyah r.ha. bercerita, "Rasulullah s.a.w. memasuki rumahku dan Baginda mendapatiku sedang menangis. Baginda bertanya:'Mengapa dikau menangis?' Aku menjawab: 'Fatimah menghinaku.'
"Rasulullah s.a.w. segera memanggil fatimah lalu berkata: 'Wahai fatimah, adakah benar anakanda menghina Aisyah?' fatimah menjawab:'Benar, wahai Rasulullah.' Rasulullah s.a.w. berkata: 'Bukankah anakanda mencintai apa yang ayahanda cintai?' Fatimah menjawab: 'Sudah tentu.' Rasulullah s.a.w. berkata: ' Sesungguhnya ayahanda mencintai Aisyah, maka cintailah dia.' Fatimah berkata: 'Kalau begitu, saya tidak akan lagi mengatakan sesuatu yang dapat menyakiti Aisyah.'"
(Al-Haitami, Majma' al-Zawa'id no.15311) Perai-perawi lain adalah para perawi kitab al-Sahih.

CEMBURU AISYAH TANDA BESARNYA CINTA.
Aisyah r.ha. menceritakan, "Suatu ketika Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku: 'Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.' Aku bertanya: 'Bagaimana kanda tahu?' Baginda menjawab; 'Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi tuhan Ibrahim!' Aisyah berkata: 'Itu benar. Demi Allah! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.'"
(Muttafaq 'alaih)
Imam al-Nawawi berkata, "mengenai pernyataan Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah r.ha. ini, al-Qadhi berkata, 'Kemarahan Aisyah kepada nabi adalah dalam bentuk kecemburuan kepada Baginda. Kecemburuan menjadi faktor tidak berlakunya banyak hukum bagi wanita, kerana ia (cemburu) tidak dapat dipisahkan daripada wanita. Bahkan Imam Malik dan ulama-ulama Madinah lainnya berpendapat, tidak berlaku bagi wanita yang menuduh suaminya berzina ketika ia sedang cemburu. Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: 'Wanita cemburu tidak dapat membezakan antara bibir lembah dan dasarnya.'"
Jika pengertian hadis di atas tidak bermaksud kemarahan kerana cemburu, maka Aisyah berada dalam kedudukan yang sangat sulit kerana marah dan menjauhi rasulullah s.a.w. adalah dosa besar. Untuk itu, Aisyah r.ha. berkata, "Dinda hanya mampu menjauhi namamu." Ini menunjukkan perasaan hati dan kecintaanya kepada Rasulullah s.a.w. tetap seperti sediakala. Kecemburuannya didorong oleh rasa cinta yang terlalu tinggi." (Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, jil. 15, hlm 292-293)
Aisyah r.ha. mengatakan bahwa dia pernah bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling kanda cintai?" Baginda bertanya kembali: "Kenapa dinda bertanya seperti itu?' Aisyah menjawab: "Dinda ingin mencintai orang yang kanda cintai." Baginda menjelaskan: "Dia ialah Aisyah." (Al-Haithami, majma' al-Zawa'id no. 15309. Hadis ini diriwayatkan oleh Tabrani, sanadnya hasan)

LEBIH MEMILIH ZUHUD
Urwah mengatakan bahawa Aisyah r.ha. berkata, "Demi Allah, wahai anak saudaraku. Kami pernah melihat kemunculan bulan sabit, lalu bulan sabit berikutnya, lalu bulan sabit berikutnya, yakni tiga kali kemunculan bulan sabit atau dua bulan berturut-turut, sedangkan di rumah-rumah rasulullah sama sekali tidak dinyalakan api (untuk memasak)."
Urwah bertanya: "Lalu dengan apa kamu dapat bertahan hidup?" Aisyah menjawab: "Dengan al-aswadan, yakni kurma dan air. Hanya saja, Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa jiran tetangga daripada kalangan Ansar yang mempunyai kambing. Mereka sering mengirimkan susu kepada beliau. lalu beliau memberikan kepada kami." (Muttafaq 'alaih)
Cerita tentang kezuhudan Aisyah r.ha. terlalu banyak. Dia memilih kesederhanaan walaupun seringkali dilimpahkan kekayaan. Antara cerita yang masyhur ialah Urwah pernah menggambarkan gaya hidup Aisyah bahawa dia pernah membahagi-bahagikan 70, 000 dirham wang perak padahal pada waktu yang sama dia menampal jahitan pakaiannya. (Ima Ahmad, al-Zuhd, hlm. 205-206)
Suatu ketika, Muawiyah pernah mengirimkan 100, 000 dirham kepada Aisyah r.ha. Maka Aisyah terus membahagi-bahagikan tanpa meninggalkan sedikit pun. Sehingga Barirah berkata: "Sesungguhnya puan sedang berpuasa. Mengapa puan tidak tinggalkan satu dirham sahaja untuk membeli daging?" Aisyah lalu berkata: " Kalau tadi kamu mengingatkan, sudah tentu saya melakukannya." (Riwayat Abu Nua'im dalam al-Hilyah, jil. 2 hlm.7)

BANYAK SOLAT DAN PUASA
Urwah menuturkan bahawa Aisyah r.ha. sering berpuasa. Al-Qasim mengatakan bahawa Aisyah berpuasa sepanjang masa. Ia hanya berbuka (tidak berpuasa), pada hari Aidiladha dan Aidilfitri.
Dalam satu riwayat, Urwah menceritakan bahawa dia sering memulai harinya dengan mengunjungi ibu saudaranya, Aisyah r.ha. untuk mengucapkan salam. Suatu hari, dia pergi berjumpa Aisyah ketika dia sedang solat dan berdoa. Aisyah terus berdoa dan menangis sambil mengulang-ulang bacaan surah al-Tur, ayat 27 yang bermaksud, "Maka Allah memebri kurnia kepada kami dan memelihara kami daripada azab neraka." Urwah berdiri dengan lama hingga dia berlalu pergi ke pasar untuk membeli keperluan. Apabila kembali semula ke rumah Aisyah r.ha., dia melihat Aisyah masih lagi solat dan menangis.

TAHAN UJIAN
Aisyah mengikuti Rasulullah s.a.w. dalam perang Mustaliq setelah undia. Sekembali daripada peperangan ini, beliau ditimpa ujian berat berupa fitnah perlakuan sumbang.
Ia bermula apabila beliau kehilangan kalung lalu mencarinya sehingga tertinggal rombongan. Kebetulan Safwan bin Mua'ttal al-Sullami berjalan di belakang. Apabila melihat Aisyah, dia lalu membiarkan Aisyah menaiki untanya lalu dituntun menyusuli rombongan. Fitnah menular dengan cepat sehingga Rasulullah s.a.w. bersedih.
Aisyah yang yakin dengan pembelaan Tuhannya hanya mampu bersabar. Akhirnya Allah membersihkan Aisyah daripada fitnah itu dengan turunnya ayat al-Quran mengenainya.

PEMALUNYA MENGHIAS IMAN
Ummul mukminin Aisyah berkata, "Setiap kali aku masuk kerumahku yang didalamnya dimakamkan jasad Rasulullah s.a.w. dan ayahku sendiri, dan ketika hendak membuka baju, aku berkata dalam hati, 'Tidak perlu malu kerana di sini hanya ada suamiku dan ayahku sendiri.' Tetapi setelah Umar r.a. dimakamkan disitu, demi Allah, setiap kali berada di dalam rumah aku sentiasa memakai pakaian yang lengkap keran malu kepad Umar r.a." (Al-Qurtubi, Bahjah al-Majalis)
Sungguh indah peribadi beliau yang begitu malu walaupun kepada insan-insan yang sudah tidak bernyawa.

MENGIKUTI JEJAK KEKASIHNYA
Qais mengatakan bahawa Aisyah r.ha. pernah bercita-cita ingin dikuburkan didalam rumahnya, disisi Nabi s.a.w. Namun kemudian beliau berkata, "Sesungguhnya aku melakukan kesalahan setelah perginya Rasulullah s.a.w. Maka, kuburkanlah jasadku bersama isteri-isteri baginda." Oleh sebab itu Aisyah dikuburkan di Baqi'. (Riwayat Ibn Sa'ad, jil. 8, hlm. 74)
Maksud kesalahan itu adalah beliau terlibat dalam perang jamal. Aisyah sangat menyesalinya walaupun dia sebenarnya langsung tidak berniat ke arah itu. Dia cuma berijtihad melakukan kebaikan.
Pada Ramadhan tahun 58 Hijrah, Ummul Mukminin Aisyah r.ha. menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ketika perginya Aisyah r.ha., Ummu Salamah mengumumkan, "Demi Allah, dia adalah orang yang palin dicintai Rasulullah s.a.w. selain ayahnya." Jasad Aisyah r.ha. dimakamkan pada malam itu juga setelah solat witir.

Majalah SOLUSI Isu 22

Sunday, July 11, 2010

...Adam...

Adam...
Kenapa kau memiliki hawa?.
Adakah kerana tubuh badannya?.
Adakah kerana ingin mempermainkannya?.

...Adam...
Jika kau ingin memperbaikinya.
Kau ikutilah batasan Agama.
Kau perintahkan hawa supaya berbakti.
Kau perintahkan hawa supaya menutup aurat.

Adam...
Jika ini sekadar omong-omong kosong,
hanya untuk mendapatkan hawa,
Maka, anda tidak jujur kepada Tuhanmu.
Tunggulah balasan Tuhanmu,
kerana kau telah mendustakanNya dan,
mempermainkan kaum Hawa...

*Khas kepada Couple yang belum berNIKAH
*Perkara ini sering berlaku kepada kaum Hawa,
akibat termakan pujuk rayu lelaki hipokrit,
yang menggunakan jenama Agama,
Sehingga lahirlah anak haram, video-video lucah
dan menyebabkan kaum Hawa celaka.
(Bukan ditujukan kepada semua kaum Adam)

Monday, May 17, 2010

Saja2 Time Bosan

Salam kpd semua kepada pembaca blog yg x berapa nk membangun ni...hahaha..
Kalau kamu smua perasaan artikel2 sebelum ni kebanyakannya berkenaan tip2 berkenaan pemakanan
..ye la nama pun budak food science kan..hehehe...

Bukan apa..,sebagai seorang yang suka makan kita kena la mengetahui tabiat makan yang betul dan apa yang bakal melalui di sepanjnag usus perut...bukan ke nabi sdiri meriwayatkan punca apa2 penyakit datangnya dari perut..jadi kawan2 dan pengunjung2 semua yang tersesat di sini..Jaga Perut Masing-Masing...hehehe..

Bukan apa , adakalanya ramai yang tidak tahu apa yang kamu makan , main bantai je...haha.

Apa yang kamu makan sebenarnya memberikan kesan kepada kamu apabila usia kamu meningkat nanti..Jadi amalkan lah pemakanan yang baik..

Sekarang selepas pembacaan beberapa bahan baru la aku tahu kenapa badan ku 'slim'..slim la sgt...antara tabiat yg tanpa sedar yg tlh menguruskan badan aku ni walaupun sebenarnya ak teringin la sgt nak tambah berat badan..,tp bkn dengan LEMAK la.Antaranya jgn sesekali tinggal breakfast dan makan malam sebelum matahari terbenam..ak pun dah x ingat mana ak baca tp dr pembacaan itu saintitis berkenaan mengatakan amalan aku itu meningkatkan kadar metabolisme aku..no wonder la ak kurus erk..,

cukup la smpai di sini..byk lg sebenarnya ak nk merapu..







Friday, April 9, 2010

Risiko minum air berais selepas makan

MINUM AIR BERAIS SELEPAS MAKAN blh menyebabkan KANSER

ANDA TIDAK PERCAYA???

Kepada yang gemar minum minuman berais,fakta ini mungkin menyedarkan anda.

Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.

Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain.

Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.

:::Moga menjadi panduan kepada ibu dan isteri yang menyediakan..menghidangkan makanan setiap hari kepada anak2 dan suami tercinta…

NIKMAT MAKAN PERLAHAN

Petikan Dari Metro Ahad 12 ogos 2007)

Banyak masalah kesihatan dialami penduduk dunia hari ini berpunca daripada makanan dan sikap terlalu banyak makan. Dalam semua aspek kehidupan, termasuk bab makan, Islam menyarankan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kesederhanaan.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit." Baginda juga menasihatkan: "Berpuasalah! Nescaya kamu akan sihat." Dalam sebuah hadis lain ada menyebut: "Janganlah dibunuh hati kamu seumpama buah, malah seumpama ladang yang binasa akibat terlampau banyak air. Begitulah hati akan binasa dengan banyak makan dan minum."

Malah, Islam memberi garis panduan terhadap adab sopan ketika makan iaitu mengecilkan suapan, kunyah perlahan-lahan, makan tidak berselang seli dengan minum, manakala ketika minum air hendaklah diteguk sedikit demi sedikit. Ada juga yang menyarankan supaya makanan dikunyah sehingga betul-betul hancur dengan kiraan sekurang-kurangnya 30 kali kunyah. Ada juga yang mengatakan 40 kali. Tidak kira berapa kali pun, saranan ini ada manfaat terselindung kerana makanan dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur (ptylin) dan ia memudahkan proses pencernaan.

Masalah berat badan berlebihan dan obesiti yang semakin berleluasa menyebabkan ada penyelidik barat mencuba pendekatan makan secara perlahan-lahan dalam kajian mereka. Dalam kajian dijalankan penyelidik Universiti Rhode Island, Amerika Syarikat itu, 30 peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang makan cepat diberi sudu besar, makan secepat mungkin dan tidak berhenti ketika mengunyah. Manakala kumpulan kedua diberi sudu lebih kecil, suapan mereka juga kecil, mengunyah makanan antara 15 hingga 20 kali dan meletakkan sudu di atas pinggan setiap ketika mengunyah. Setiap peserta diberi jumlah dan berat makanan sama iaitu sepinggan besar pasta dengan sos tomato dan keju parmesan serta segelas air.

Hasil kajian mendapati: Apabila makan cepat, wanita mengambil 646 kalori dalam masa 9 minit. Apabila makan perlahan-lahan, purata pengambilan kalori hanya 579 kalori dalam masa 29 minit. Ini bermakna orang yang makan cepat mengambil lebih kalori dalam masa singkat.

Walaupun perbezaannya hanya 67 kalori bagi kedua-dua kumpulan, namun jika dinilai bagi 3 waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan malam) bezanya sangat ketara. Malah, peserta ditanya mengenai kepuasan mereka sejurus selepas makan dan sejam kemudian. Kumpulan yang makan cepat mendakwa meraka tidak puas dan cepat lapar berbanding kumpulan lain yang makan perlahan-lahan. Kumpulan yang makan perlahan berkata, mereka berpeluang menikmati keenakan makanan dan minum lebih banyak air ketika makan. Faktor ini dipercayai menyebabkan mereka puas dan kenyang lebih lama.

Makan secara perlahan-lahan juga memberi peluang kepada otak untuk mengenali isyarat bahawa kita sebenarnya kenyang. Ini kerana isyarat kenyang dan puas makan mengambil masa untuk ditafsirkan. Justeru, ada pakar pemakanan menyarankan kita berehat di antara 15 hingga 20 minit sebelum mengambil keputusan manambah makanan ke dalam pinggan; jika masih terasa lapar.

Malah, apabila makan cepat, kita biasanya terdorong untuk kurang minum air. Ada kalanya kita tersilap mentafsir antara rasa lapar dan dahaga. Ramai orang tidak sedar badan mereka sebenarnya mahu air dan bukan makanan, tetapi keinginan itu disalah anggap dengan keinginan untuk makan. Ini menyebabkan ada yang menyarankan kita minum sebelum atau selepas makan kerana ia membuat kita berasa lebih cepat kenyang.

Kita tidak digalakkan minum ketika makan kerana ia mencairkan enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut berasid. Jika terpaksa, minum dalam tegukan kecil tetapi elak minuman berkarbonat, soda atau minuman berais kerana ia menghalang pencernaan. Sebaik-baiknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan. Lebih baik mengambil jus buah-buahan 30 minit sebelum makan untuk membantu pencernaan dan juga membantu melawaskan pembuangan air besar.

Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kajian Obesiti Malaysia (MASO, Profesor Madya Dr Norimah Karim, berkata tabiat pemakan sihat mempunyai 3 ciri iaitu:

1. Makan secara perlahan-lahan (melebihi 20 minit) untuk menghabiskan sesuatu makanan,
2. Makan apabila terasa lapar, dan
3. Berhenti sebaik saja terasa kenyang sedikit.

Jika terlalu sibuk sehingga kadangkala tidak makan, buat jadual makan yang bersesuaian dengan kerja bagi memastikan anda ada waktu makan teratur kerana ia mengajar badan untuk berfungsi dengan lebih baik dan cekap. Makan cepat bukan saja memperlihatkan sikap gelojoh, tetapi ia juga boleh menyebabkan masalah pencernaan yang mengakibatkan beberapa masalah seperti:

* Banyak angin (lebih kerap kentut dari biasa).
* Kembung.
* Cepat penat.
* Mudah berparut.
* Keradangan kulit.
* Berat badan bertambah dengan cepat.
* Sering sendawa.
* Pedih ulu hati.
* Makanan tidak hadam.
* Keradangan lain.

Sememangnya kajian berkenaan mengesah dan menguatkan lagi amalan Islam yang diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Didapati amalan makan perlahan-lahan dapat membantu:

• Mengurangkan berat badan. Makan perlahan-lahan memberi badan masa untuk mengenal pasti bahawa kita sebenarnya kenyang dan ia secara tidak langsung dapat mengelak kita terlebih makan.

• Memberi kepuasaan dan keseronokan menikmati makanan.

• Memperbaiki proses pencernaan. Ramai menyangka makanan hanya dicernakan apabila sampai ke perut. Sebenarnya pencernaan makanan bermula di dalam mulut iaitu ketika kita mengunyah dan menghancurkan makanan. Lebih lama makanan dikunyah, lebih banyak enzim daripada air liur masuk ke dalam makanan dan ia membantu memudahkan proses pencernaan di dalam perut.

• Mengurangkan tekanan. Waktu makan boleh menjadi sesi menenangkan fikiran bagi sesetengah orang, terutama yang terlalu sibuk dan tiada waktu untuk bersenam. Makan perlahan-lahan membolehkan anda berasa lebih seronok dan tenang.

• Lebih banyak masa berinteraksi dengan orang lain. Berbual ketika makan bukan saja membuatkan kita makan lebih perlahan, tetapi ia juga memberi ruang untuk merapatkan hubungan dengan orang lain. Kaedah ini lebih baik jika diamalkan dalam keluarga untuk mengeratkan hubungan antara ibu, bapa dan anak-anak.

PESAN IMAM AL GHAZALI

“JIKA KITA INGIN ANAK KITA MENJADI SOLEH, BIJAKSANA DAN BERGUNA,

BERIKANLAH IA MAKANAN DARIPADA REZEKI YANG HALAL SEJAK IA LAHIR.

MAKANAN YANG HALAL SELAIN MENJADIKAN ANAK KITA BERGUNA, BOLEH MENJADIKAN MENTAL MEREKA PINTAR DAN CERDAS.

SEBALIKNYA ANAK AKAN MENJADI DERHAKA TERHADAP KITA JIKA IA DIBERIKAN MAKANAN YANG HARAM DAN KOTOR.”