Wednesday, November 24, 2010

Amal

17 Zulhijjah 1431H
Oleh : Jarjani Usman

“Yang mengikuti mayat ada tiga: keluarga, kekayaan dan amalnya, maka yang dua kembali yaitu keluarga dan kekayaannya, dan yang tetap tinggal padanya satu, iaitu amal perbuatannya” (HR.BukharidanMuslim).

Di saat berbagai bencana sudah demikian sering terjadi di mana-mana, mahunya setiap kita semakin bertambah sedar tentang ancaman kematian. Bahwa kematian bukan hanya disebabkan oleh rasa sakit atau penyakit tetapi oleh bencana,

juga bukan secara sendiri-sendiri tetapi berkelompok-kelompok, sudah jelas disaksikan dengan mata kepala sendiri pada kejadian yang menimpa orang-orang yang telah mendahului kita. Hari ini mungkin kita masih boleh sama-sama bergembira,

esok atau sebentar lagi akan berpisah untuk selama-lamanya. Namun, bagaimana kita mati hanyalah sebuah kisah yang memakan masa beberapa saat sahaja , tetapi yang menjadi kisah panjang dan tidak putus-putus tentunya amal kebaikan yang pernah dilakukan.

Sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas, keluarga dan kekayaan tidak akan pernah ikut bersama di saat kematian datang pada seseorang, meskipun selama ini banyak orang sangat mementingkan dua hal tersebut. Demi meraih banyak kekayaan, banyak orang menjadi lupa tentang kematian.

Demi keluarga, juga banyak orang tidak ingat ajal. Berapa banyak orang yang berani berkhianat dan bahkan menganiaya orang lain, demi mementingkan anggota keluarganya.

Tidak sedikit orang berani berbuat diskriminasi dengan meluluskan anggota keluarganya sendiri dalam suatu bantuan untuk rakyat miskin, dengan menyingkirkan orang lain yang sebenarnya sangat memerlukan.

Meskipun melupakan kematian dengan mengabaikan kegiatan menambah amal, kematian tidak ak pernah melupakan siapapun kita.

Allah mengingatkan, “Sesungguhnya, kematian yang kamu lari daripadanya, sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu” (QS. Al-Jumu’ah : 8). Kerana itu, tidak ada yang boleh membantu,

kecuali kita sendiri bersegera melakukan amal kebaikan, termasuk juga dalam soal cara mengumpulkan kekayaan dan mendidik anggota keluarga dengan cara-cara dan di jalan yang diridhai Allah.

Ucapan Ucapan Imam Al Syafie

17 Zulhijjah 1431H
Oleh : nina mazrina

1. Barangsiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa, maka tidak ada kemuliaan baginya.

2. Perhiasan ulama' itu adalah taqwa; dan kecantikkannya adalah murah hati.

3. Tidaklah berjaya dalam menuntut ilmu, melainkan orang yang menuntutnya dalam kekurangan.

4. Tidak ada aib yang lebih buruk bagi ulama' selain dari kesukaan mereka terhadap apa-apa yang tidak disukai Allah buat mereka, dan ketidak sukaan mereka terhadap apa-apa yang disukai Allah buat mereka.

5. Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.


6. Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksan yang ditimpakan Allah kepada ahli tauhid.

7. Barang siapa merasa dirinya lemah , maka ia akan memperoleh istiqamah.

8. Barang siapa yang ingin hatinya diterangkan oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwat (menyendiri), mengurangi makan, dan tidak bergaul dengan orang- orang bodoh yang buruk budi pekertinya, serta tidak berkumpul dengan orang- orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan tidak mempunyai adab.

9. Aku tidak pernah kekenyangan selama enam belas tahun kecuali hanya satu kali , lalu aku muntahkan ketika itu jua.

10. Tidak mengetahui riya' kecuali orang- orang yang ikhlas.
11. Kalau aku tahu bahawa meminum air itu menghilangkan keperwiraanku, tentu aku tidak akan meminumnya.

12. Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?" Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."

13. Janganlah anda berbicara kecuali yang perlu saja, sebab kalau anda mengucapkan satu kalimat beerti ia telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya.

14. Orang yang berakal itu ialah orang yang diikat oleh akalnya dari segala perbuatan tercela.

15. Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman pula terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuhnya.

16. Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat, dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.

17. Janganlah kau meragui hak saudara mu kerana percaya akan kebaikkan hatinya.

18. Barangsiapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti ia telah menasihati dan mengingati kebaikannya; dan barang siapa menasihatinya ditempat ramai, maka ia telah membuka rahsianya dan memburukkan namanya.

19. Persahabatan dengan orang yang tidak takut celaan itu adalah tercela.

20. Tidakkah engkau menghormati seseorang melebihi harga dirinya, melainkan harga diriku jatuh setimbang dengan penghormataan ku yang lebih tadi.

21. Allah telah menciptakan anda sebagai orang merdeka, maka jadilah seperti apa yang telah Allah ciptakan itu .

22. Barangsiapa bersahabat dengan orang dermawan, ia akan menjadi orang dermawan. Dan barangsiapa bersahabat dengan orang jahat maka iapun akan dituduh orang jahat.

23 . Tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang , melainkan aku tidak peduli apalah kebenaran itu keluar dari lisanku atau lisannya. Dalam riwayat lain: tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang, melainkan aku suka kalau Allah menampakkan kebenaran ditangan orang itu.

24. Barangsiapa yang telah berbuat baik kepadaku maka ia telah mengikatmu . Dan barang siapa yang kasar terhadapmu maka ia telah membebaskan mu.

25. Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan teman jahat , tidak suka bergaul dapat menimbulkan permusuhan, kerana itu bersikaplah antara keduanya itu.

Kata-Kata Pujangga

17 Zulhijjah 1431H
Oleh : nina mazrina

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan."

"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."

"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali"

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."

"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu."

"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang."

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."

"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah realiti besok hari..."

"Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini."

"Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar."

"Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."

"Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana"

"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi."

"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."

" Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya."

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

" Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."

"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

" Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."

"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

"Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."

"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

"Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."

"Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."

"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."

"Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"

"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

"Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"

"Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang." & "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."

"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."

CINTA vs NAFSU

Kami hanya bercinta. Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak rosakkan maruah dia. Aaahh!! Ini semua dongengan hikayat seribu satu malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak percaya kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik ilmu sains. Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat kawalan seksual dalam otak.

Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya. Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta, libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi) menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS maksud LOVE. So, takkan takde kaitan?

Tak percaya jugak? Belajar Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah. Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pun nafsu saya & awas!!! Sila berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi. Anda mungkin mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa lah mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry, mungkin boleh membantu.

PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya. Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit. (lantas, ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!)

Sebab itu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah Jaafar At-Tayyar dalam perang Mu’tah. Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh) atau selepas berfikir positif.

Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap. Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat. Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.

Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder. Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di hatiku hanyalah dirimu.

Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta. Hmmm kesian. Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi. Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih kuat pada waktu sekitar pengovulasian.

Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini. Ya, mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah, sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera.

Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua.

…and they lived happily ever after. Separately

Kenapa Seorang Lelaki Menangis,,,,,?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

http://hakaluka.blogspot.com/

Neurotransmitter Cinta

ADA APA DENGAN CINTA?


Banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.



Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal. Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata. Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline.



Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya. Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena. Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening.



Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yang tergelak sorang2 tu...), insomnia, decrease REM sleep (tu yang tidur tak lena). PEA juga membuatkan seseorang itu yakin, alert dan berani mencuba sesuatu yang baru, sebab itu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yang pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa saja untuk yang dikasihi. (konon...)



Tetapi, bila 'dibuang cinta', clash, putus cinta & kesannya amat parah. Otak serta-merta akan berhenti merembes PEA dan kesannya, sama dengan penagih Speed yang tak dapat stok; tak tentu arah, panik, bengong, boleh jadi gila. Tak mustahil medically. Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar kawalan. Di bawah sedar. Norepinephrine dan Dopamine sering dikaitkan dengan romantik. Mana taknya, ia merupakan desire molecule antara neurotransmitters. Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan.



Oxytocin kadangkala digelar 'cuddle chemical'. Oxytocin dirembes dgn banyak ketika aktiviti-aktiviti aktif seperti urutan (sebab tu, urut-mengurut ni amat berbahaya bagi sesiapa yang tak nak jatuh cinta, hati-hati...), aktiviti-aktiviti lasak dan aktif ketika dating juga adalah salah satu cara yang baik untuk mengurat; roller coaster ke, berlarian-larian, keliling pokok macam hindustan tu semua. Semua ini Oxytocin punya kerja. Oxytocin juga mengurangkan perasaan takut dan meningkatkan kepercayaan, itu kualiti penting dalam percintaan. Kajian juga menunjukkan Oxytocin melembapkan beberapa fungsi pembelajaran dan ingatan. Hmm... tapi masih boleh dipertikaikan, sebab ada yang lebih berjaya dalam akademik bila bercinta. Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah. Akibatnya? Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak. Tangan mula meraba, n then tetttttz


I love You, You love I. Maruah pun tergadai.

Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi

17 Zulhijjah 1431H
Oleh : nina mazrina

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah,

di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.