Sunday, November 16, 2008

Jangan pertikai undang-undang peribadi umat Islam

Jangan pertikai undang-undang peribadi umat Islam

Perkembangan pergerakan lesbian dan gay di negara barat masa kini adalah hasil daripada sikap golongan agama yang tidak tegas memperkatakan sesuatu yang haram adalah haram. Ini disebabkan masyarakat barat mengamalkan corak kehidupan individualisme di mana setiap individu bebas untuk melakukan sesuatu berdasarkan kepada bisikan hati bukan berpandukan kepada ajaran agama.

Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, perkara berkaitan dengan perundangan agama dilihat dari perspektif yang suci di mana undang-undang tersebut merupakan panduan dan amalan kehidupan mereka. Konteks kehidupan masyarakat Islam adalah dalam bentuk kemasyarakatan bukan individualisme.

Masyarakat Islam mempunyai hak untuk menegur dan melarang setiap individu Islam daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.

Jika ulama dan umat Islam tidak menegur dan mencegah individu Islam daripada melakukan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam maka keseluruhan umat Islam akan berdosa. Ini adalah prinsip kehidupan umat Islam yang digariskan oleh Allah di dalam al-Quran yang dikenali sebagai amr ma'ruf (menyeru kepada kebaikan) dan nahy 'an al-munkar (mencegah kemungkaran).

Apabila ulama mengeluarkan fatwa berkaitan dengan perundangan peribadi, itu merupakan satu cara untuk memperingati umat Islam supaya berwaspada mengenai perkara yang serius berlaku di kalangan umat Islam. Fatwa ulama merupakan satu panduan dan peringatan kepada umat Islam. Fatwa tersebut tidak mempunyai kaitan dengan masyarakat bukan Islam.

Malaysia bukan sebuah negara Islam yang mengamalkan konsep pemerintahan kuku besi di mana masyarakat bukan Islam dipaksa mengamalkan perundangan peribadi umat Islam.

Paling menghairankan masa kini, terdapat pertubuhan bukan Islam cuba untuk mencampuri urusan peribadi umat Islam seolah-olah negara ini adalah sebuah negara yang mengamalkan konsep kehidupan sekular barat.

Setiap agama dalam negara ini menyeru masyarakatnya mengamalkan ajaran agama.

Tidak pernah wujud dalam sejarah Malaysia umat Islam bertindak menunjuk perasaan di hadapan kuil atau gereja ketika ketua agama tersebut melaksanakan upacara membakar mayat penganut agama tersebut walaupun dalam perspektif Islam perbuatan demikian dianggap sebagai tidak berperi kemanusiaan. Umat Islam menghormati setiap ajaran agama lain dan fatwa ketua agama mereka.

Umat Islam tidak akan membenarkan arus globalisasi yang menular dalam negara ini menghancurkan budaya dan tradisi agama dalam apa cara sekali pun. Umat Islam tidak akan mengintegrasikan agama mereka dengan budaya globalisasi yang inginkan masyrakat dunia menganuti satu agama dan satu budaya. Budaya begini tidak mungkin dapat menguasai umat Islam selama mana laungan azan dan masyarakat Islam masih beranggapan bahawa al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW merupakan panduan dan amalan hidup.

Masyarakat Islam di Malaysia masih lagi menganuti konsep kehidupan kemasyarakatan yang kukuh bukan dalam bentuk individualisme. Oleh itu peranan ulama masih lagi diperakui dan dihormati. Ulama di Malaysia tidak menghadapi cabaran yang hebat seperti mana Pope di Vatican menghadapi golongan free thinker yang sering mempersendakan agama. Ini disebabkan majoriti masyrakat Islam di Malaysia masih lagi kukuh memegang prinsip kehidupan beragama.

Oleh itu tindakan memprotes yang dilakukan oleh pertubuhan bukan Islam tidak akan memberi sebarang kesan dalam pemikiran umat Islam, malah perbuatan demikian boleh menyebabkan wujudnya sikap prejudis umat Islam terhadap masyarakat bukan Islam. Ini adalah satu tindakan yang boleh menggugatkan perpaduan dan integrasi kaum. Oleh itu usah mencampuri hal perundangan peribadi umat Islam.

DR. SAODAH ABD. RAHMAN
Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Wednesday, November 12, 2008

Terharu sangat2...x pernah rase mcm nie....

Terharu sangat2...x pernah rase mcm nie....ade la sorang hamba Allah nie dia tulis ape yg aku dah buat kat dier...dia siap beri kredit lagi dlm blog dier....huahuahua....

X sangka la pulak sebenarnya....aku sengaja je hntar(adela something) secara main2 walaupun ade la ckit point aku 2 sebenarnya....huhuu...

Cam ne pun thanks la....x sangka la hamba Allah nie buat cam 2...
terharu bangat si........

Kalau ' si polan' 2 baca kat sini please jgn comment kat sini erk....mintak tolong....malu la.....hihihi.......(^,^)

Exam!!!....arghhhhhhhh..............

Bosannye time ezem nie.....dah ler kne stdy je keje,dari pg sampai le ke mlm....duk mengadap buku dgn nota...bosan tahap baban rase....

semalam akaun mcm nak jerit je dalam dewan...habis smua formala pasal TPM (Titik Pulangan Modal) aku lupe....nak buat kunci kira kira dgn imbangan duga pun x reti...stak kepala aku...macam ade batu dalam kepala...pape2 pun redha je la...benda dh lepas la...Just Keep Going , Bro...

Next exam aku, fud microbe...slamat la dah ade guideline kne bace...2 pun sparuh je...huhu...lepas fud microbe tnggal 2 lagi paper....x sabar nak balik lo....

K la kawan2....slmt berjuang la dalam dectar yg sejuk nak mampus 2...letak ikan boleh beku...wakakakaka....

All da bez....

Introduction

Blog nie saje2 je nok wak , nyepe orang kate...huahuahua...
blog nie nape2 yg rase nok letok ambe letok la...
Huhuhuhuu.....