29/12/08...
Huh....letih gler sebab dah penat berjalan dari pagi tadi,lama tak pergi time square,lepas tengok wayang citer HISTERIA(bez jgk la,first time tgk cter melayu kt panggung..huhu),aku ,faradi dgn akmal pergi la sambung berjalan balik...sorang nak beli baju untuk dinner kolej sorang lagi nak beli baju macam sweater tu...pastu kita orang sampaila tingkat 5 sbb faradi nak tgk ape entah dekat kedai aras 2...x ingat dah.Aku duduk la luar dkt penghadang sambil tunggu,tengok orang tingkat atas tgk orang tingkat bawah...akmal je duk layan faradi...aku dh penat masa 2...huhuhu.Pas2,diaorang pun panggil aku nak pergi kedai lain plak...aku pun pergilah...aku pusing la badan aku dr penghadang 2...tiba2 aku dengar bunyi something yg jatuh...aku buat x tau je..mungkin barang orng kot jatuh,selipar ke.handbag ke,kasut ke...pas2 aku pelik la knp smua orng berlari nak tgk apa yg jatuh,x kan barang yg jatuh kot ramai yg nak tgk sbb dr yg aku dengar bunyinya x kuat pun bila 'barang' 2 jatuh...las2 kawan aku yg 2 orng tu cakap,ada orng jatuh...huh,terkejut aku...keadaan memang gawat masa 2...smua orng berlari nak tengok...aku pun tgk la...terkejar2 kita orang berlari cari side yg sesuai...las2 dpt jgk...seorang perempuan cina terlantar...dalam hati aku cam ne la dia...aku tgk je la...selepas puas tgk kita orang sambung balik beli barang..papepun,mangsa tidak dapat diselamatkan mungkin kecederaa teruk dlm otak kot...anyway,takziah kepada keluarga mangsa.
Terkejut wanita jatuh melayang
Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahimahmadtajol@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang sibuk membeli barang di sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi di sini semalam terkejut besar apabila seorang wanita jatuh dari tingkat atas.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dipercayai berlegar-legar di tingkat 10 sebelum kelibatnya dilihat melayang menjunam ke bawah.
Seorang saksi enggan dikenali berkata, beberapa pekerja gerai dan pengunjung kompleks cuba memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa termasuk menggunakan teknik pernafasan dari mulut ke mulut (CPR) namun gagal dan mangsa dipercayai mati kira-kira 15 minit kemudian.
Menurut sumber polis, mangsa yang dikenali sebagai Tan Lay Howh, 35, yang berasal dari Serendah, Selangor, mati serta-merta di tempat kejadian berikutan kecederaan parah yang dialaminya pada bahagian kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Menurut ahli keluarga mangsa yang ditemui di HKL, mangsa dipercayai bersama keluarganya membeli-belah di kompleks terbabit sebelum kejadian, namun sebaik tiba di tingkat enam, mangsa terpisah dari keluarganya dan merayau-rayau hingga ke tingkat 10.
“Difahamkan mangsa mengalami gangguan mental dan polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut,” katanya.