Wednesday, September 2, 2009

Sabo je la....

SALAM RAMADHAN YA AQHI WA UQHTI....

Diam tak diam sudah nak masuk dua minggu umat islam berpuasa...(cam ne? dah terasa bahang raya ke)...
Aku sebagai insan biasa yang penuh kelemahan sedaya upaya melakukan ibadat ini sebaik
mungkin walau dari sudut mana sekalipun.

Walaupun madarasah ramadhan sering kali berganti bertukar tahun.
Aku sangat merindui ketibaan bulan yang penuh barakah ini(pernah aku terasa madrasah
ramadhan itu seakan-akan terakhir untukku).
Bulan ini seakan memberikan ketenangan kepadaku di atas segala tindakan yang
aku lakukan setiap hari di bulan ini.Bukan ingin mendabit dada,malah jauh sekali.

Tidak dapat tidak, dugaan di bulan puasa sememangnya luar daripada biasa.
Dugaan yang datang dari pelbagai penjuru adakala amat mengejutkan aku.
Kenapa tiba-tiba2 semua dugaan itu datang bertimpa2 kepadaku?
Aku bermonolog persoalan itu setiap hari di benakku.
Dugaannya mungkin tidak sebesar skala(ingat sensori ke) yang aku pernah alami sebelum ini,
diuji perasaan takut dan resah gelisah,persoalan iman dan akidah( the bez way is sleep ,some ustaz said la) . Namun , kali ini dugaan mendatangi aku dalam jumlah yang banyak dan bertimpa2 kepadaku.

Namun aku terima dengan melapangkan dada dan membuang jauh sebarang keluhan yang cuba
berpucuk di hati.
Jika aku perlu berdepan dengan suasana atau keadaan yang menyempitkan , hanya kesabaranlah menjadi perisainya.
Jika aku berdepan dengan ucapan atau kata-kata nista , aku hanya perlu diamkan diri,
itu saranan utama dari seseorang yang amat rapat denganku.
Jika berdepan dengan tindakan yang memaksa , kesabaran dan istiqamah juga merupakan ubatnya tetapi dosnya lebih tinggi.

Namun ,diri ini bukanlah begitu sesempurna mana.
Diriku hanya insan biasa dan seorang pengembara dalam meniti sisa-sisa hidup
di kala senja ini.

HANYA Al-KHALIQ YANG LEBIH MENGETAHUI SIAPA AKU.

SALAM

*coretan rasa di pagi hari, sebelum kelas sensori(cm pantun plak)






1 comment:

Hakim said...

hafiz..thanks cos sudi masuk blog saya...yup alhamdulillah dah ada keta..insya ALLAH nnt kalo ada masa i pg laa lawat u kt ukm tu k???nnt i bwk round2 naik keta i..kekeke