Sunday, January 3, 2010

Sunyi Dalam Sendirian

Salam Tahun Baru Kepada Semua.

Dalam Diam, Usia Semakin Meningkat Tanpa Sedar.
Mungkin Ada Di Antara Anda Kalian Menetapkan Azam Tertentu Untuk Dicapai Pada Tahun Ini, 2010.Semoga Anda Berusaha Keras Mencapainya.

Ermm...
Sudah Agak Lama Rasanya Ruangan Ini Dibiarkan Tanpa Sebarang Coretan Peribadi Penulis.
Kesibukan Semester Lepas Barangkali Membataskan Waktu Yang Ada dan Lambakan Hal-Hal Yang Kadangkala Mencabar Ketabahan dan Kesabaran Hati.

Menjengah Usia Muda Tahun Baru Dengan Pelbagai Harapan Yang Bersarang dan Tentunya Cabaran dan Halangan Yang Bakal Ditempuh Nanti , Pastinya Jasad dan Jiwa Kerdil Ini Harus Kuat Melalu Detik Detik Itu Nanti. Bukannya Berlagak Riak , Namun Sebagai Pengembara Dunia Yang Kadangkala Lalai dan Dimomok Dengan Perhiasan Perhiasan Duniawi, Penulis Percaya Setiap Insan Harus Bersedia Melalui.

Kesedihan,Kekecewaan,Kehilangan Dan Bermacam macam Lagi Dugaan Merupakan Warna-Warna Gelap Yang Sentiasa Akan Menwarnai Hidup Liku Kehidupan Ini Selagi Kita Digelar HambaNya. PERCAYALAH, Itu Semua Akan Mendekatkan Lagi Dirimu KepadaNya.

Ujian dan Dugaan Yang Melanda Merupakan Tanda Kita Tidak Dilupakan OlehNya dan INGATLAH...Sebarang Ujian Yang Diberikan Kepada Kita OlehNya Adalah Dalam Lingkungan Kemampuan Kita...DIA MAHA ADIL kepada HambaNya.

Buat Penulis, Ujian Rasa Bersendirian Merupakan Perkara Biasa Yang Sentiasa Dirasai, Bukannya Bermakna Penulis Tiada Teman Teman Atau Manusia Di Persekitaran.
Alhamdulillah , Rakan dan Teman Yang Ada Amat Menghiburkan Hati Penulis.
Namun, Setelah Satu Pembacaan Berat Hasil Karangan Harun Yahya. Penulis Merasakan Hakikatnya Diri Ini Sebenarnya Sendirian Pabila Menjengah Di Dunia Ini. Kebergantungan Kita Hanyalah KepadaNya.



Penulis Percaya Ujian Rasa Bersendirian Ini Merupakan Ujian Awal Dalam Meniti Usia Dewasa Selepas Ini. Mungkin Alam Selepas Tamatnya Pengajian Di Sini Penuh Rasa Sendirian (pengalaman salah seorang seniorku) , Keadaan Ini Tentunya Hasil Kesibukan Rakan dan Teman Dengan Agenda Masing2.

Di Sini, Penulis Ingin Melahirkan Rasa Terima Kasih Kepada Rakan Rakan Yang Sudi Mengisi Kekosongan Hati Yang Sementara Ini ,Ketawa Bersama dan Kesudian Mendengar . Mungkin Kehadiran Kawan dan Teman2 Di Sekeliling Penulis Ini Merupakan Nikmat Yang Dihantar Kepada Penulis OlehNya.

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN.

Di akhir coretan , terimalah " SEBAGAI TEMAN" daripada Dua Pelantun Terkenal Asia Tenggara dari Album Terbaru Mereka CTKD. LAYANNN...!!!





Sejauh manakah ketabahan hati
Menempuhi dunia
Walaupun kau jauh
Kau tetap di hati
Temanku
Percayalah...

Begitu tulusnya perhatian kamu
Kepada diriku
Hidupku berombak
Namun kau selalu ada kuatkanku

Chorus:
Oh mengapa...dunia ini begini
Ku cuma manusia biasa
Yang hanya inginkan hidup
Seperti yang lain (seperti juga yang lain)
Mengapa harus begini

Sejak hari itu hatiku terluka
Namun ku sembunyi

Ku juga mengerti
Walaupun terselindung
Kau teman...
Aku fahami...

Ulang Chorus

Oh Tuhan...
Tunjukkanlah jalanMu
Padaku untuk bahagia
Selamanya... oh...
Ulang Chorus

Kuatkanlah diri menjalani semua ini







2 comments:

Hakim said...

Salam
Hafiz, thanks kerana tulis sebuah coretan yang ada kena mengena ngn diri saya jugak. Remember whatever happens, I always treasure our friendship so much. Kesepian yang melanda sememangnya mengajar kita erti ketabahan dalam hidup. itulah pentingnya ukhwah sesama kita SEBAGAI TEMAN di kala suka mahupun duka....Tabahkan hati dan saya sentiasa mendoakan semoga awak sentiasa sukses di dunia dan akhirat.

muslimbuhari said...

SALAM TOLONG DAPATKAN JAWAPAN UNTUK POST 15 JULY 2009 Amalan berlapar dapat mengekang nafsu negatif ..EMAIL TO--- amuslim2@gmail.com